POLISI KESELAMATAN ICT
1.Gunakan Kata Laluan
-
Gunakan kata laluan yang kreatif (gabungan huruf , nombor dan simbol).
-
Elakkan daripada mendedah kata laluan kepada orang lain.
-
Sentiasa menukar kata laluan secara berkala dan elak dari menggunakan kata laluan yang sama atau berulang.
-
Sulitkan (encrypt) penghantaran dokumen rasmi kerajaan dengan kata laluan.
-
Elakkan menghantar dokumen rasmi kerajaan bersama-sama dengan kata laluan.
2.Kemaskini perisian keselamatan
-
Lengkapkan komputer dan gajet dengan perisian keselamatan (seperti anti-virus atau anti-spyware) terkini.
-
Elakkan daripada menggunakan perisian keselamatan yang telah tamat tempoh.
-
Gunakan perisian tulen.
3.Simpan dan lindungi maklumat
-
Elakkan daripada memuat naik dokumen rasmi kerajaan dalam public cloud.
-
Sentiasa imbas peranti storan sebelum menggunakannya.
-
Sentiasa sediakan salinan pendua (backup) maklumat digital secara berkala.
-
Elakkan meninggalkan komputer atau gajet tanpa sebarang pengawasan.
-
Putuskan sambungan internet atau wi-fisekiranya tidak menggunakannya lagi.
-
Pastikan meja kerja dikemas dan semua maklumat rasmi (termasuk yang berada di dalam media storan) disimpan di tempat yang selamat dan berkunci.
4.Beretika ketika menggunakan Internet dan emel rasmi kerajaan
-
Pastikan alamat emel dan kata laluan rasmi tidak digunakan dalam akaun peribadi media sosial.
-
Elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi dan maklumat berkaitan tugasrasmi di internet dan media social.
-
Elakkan memuat turun sebarang aplikasi yang tidak diketahui tahap keselamatannya.
5.Waspada jenayah siber
-
Jangan benarkan individu lain menggunakan identitidan kata laluan akaunemel dan media.
-
Elakkan daripada melayari laman web dan blog yang berunsur lucah, fitnah , hasutan, skim cepat kaya dan ideology keganasan.
-
Elakkan dari menyebar kandungan berunsur lucah, fitnah , hasutan, skim cepat kaya dan ideologi keganasan.
6.Fikir dulu sebelum klik
-
Jangan klik pada emel, pautan atau lampiran yang mencurigakan (termasuk orang yang tidak dikenali).
-
Padamkan emel tersebut.
7.Laporkan
-
Laporkan dengan segera kehilangan sebarang aset ICT Kerajaan (seperti peranti storan, komputer riba, komputer).
-
Laporkan emel atau pautan yang mencurigakan atau dari orang yang tidak dikenali kepada Unit Teknologi Maklumat.
-
Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang insiden jenayah siber seperti penipuan internet.
8.Fikir dulu sebelum klik
-
Jangan klik pada emel, pautan atau lampiran yang mencurigakan (termasuk orang yang tidak dikenali).
-
Padamkan emel tersebut.
9.Ambil Tahu
-
Peka dengan tren ancaman siber terkini.
-
Peka, fahami dan waspada mengenai kesan-kesan negatifakibat penyalahgunaan internet.
9.Patuhi
-
Ketahui dan patuhi polisi, arahan, peraturan, garis panduan dan pekeliling berkaitan keselamatan siber yang dikeluarkan oleh agensi/organisasi anda dan kerajaan.